Saturday, August 22, 2009

Kursus Pengurusan Patrol Anjuran PPM 01 SMKDPMS



Sekitar Sambutan Merdeka 2009



Kreativiti putera - puteri SEMARA

Siapa lagi kalau bukan 3 Uranus

HARI KEMERDEKAAN PERINGKAT SEMARA 2009

Sambutan Hari Kemerdekaan ke 52/45 peringkat SMK Ranau pada 21 Ogos lalu, sehari sebelum bermulanya cuti pertengahan semester dua, walaupun tidak disertai oleh PPM 32 secara langsung namun semangat Persetiaan dan Undang - Undang Pengakap mekar dan amat dirasai oleh segenap lapisan warga sekolah.


Singa bah kunun tu ka Naga?


Jurugambar 'dipaksa' mengambil pose ini



Tidak sabar mo berarak ni, bukan berdemo aaa

Monday, July 27, 2009

MSS SMK RANAU EDISI 5 2009



Di kejauhan

Hari ini 28 hingga 30 Julai berlangsung Kejohanan MSS peringkat SMK Ranau kali yang kelima sejak tahun 2005. Buat julung - julung kalinya, PPM 32 mengambil bahagian dalam acara perbarisan dan lintas hormat. Seramai 22 orang ahli diketuai oleh Jamilin Abd Muin selaku Komandan, Defneyshera Dorius sebagai pemegang sepanduk manakala Saffry Spaun pula bertindak sebagai pemegang bendera kumpulan.

Kontinjen PPM 32 sedang berarak

Scouts Salute!

32 Scouts hero displaying his 'eye patch'

Although they are only assembled a few days ago and the final selection is only known yesterday but from their faces, it is clear that they are very excited. Out of five uniform bodies who participated in the marching, 32 Scouts is one of the contingent with a signage and a 'huge' flag. Thanks to Skipper Rohani for the efforts. Sadly, the team's participation will not be assessed for the reason that not everyone have complete uniform. Look into the future and we certainly will shine. Good luck guys!

Learn through hardship and success will be yours!

Saturday, May 9, 2009

SEJARAH PENUBUHAN

Pengakap SEMARA selamanya!


Pengakap SMK Ranau diwujudkan serentak dengan pembukaan SMK Ranau pada 3 Januari 2005. Ketika itu, Unit Beruniform SMK Ranau hanya terdapat tiga kegiatan beruniform termasuk Pengakap selain daripada PBSM (kini BSM) dan Pandu Puteri.

Pemimpin pertama PPM SMK Ranau (ketika itu SMK Mat Salleh II) ialah Skipper Azly Ogos M Sabin dengan keanggotaan daripada murid - murid tingkatan satu hingga tiga. Ini bermakna di awal penubuhan PPM SMK Ranau hanya terdapat satu unit pengakap iaitu unit Pengakap Muda. PK Hal Ehwal Murid, Encik Jabilin Hadimin menawarkan diri untuk menjadi Penolong Pemimpin Kumpulan. Ternyata, Pengakap SMK Ranau amat diminati para murid. Ini terbukti dengan keahlian unit beruniform tertinggi berbanding dua unit yang lain.

Tahun 2006 menyaksikan perubahan kepimpinan Kumpulan apabila Skipper Suhaipin Lasim mengambilalih teraju daripada Pemimpin terdahulu. Ketika itu, Skipper Azly ditugaskan sebagai Penolong Pemimpin Kumpulan bersama - sama Skipper Jabilin Hadimin.

Di awal penubuhan PPM SMK Ranau, tidak banyak aktiviti yang dapat dijalankan namun tahun 2007 menyaksikan beberapa perubahan yang juga melakar sejarah tersendiri buat PPM SMK Ranau. Skipper Suhaipin Lasim mengucapkan selamat berjaya kepada PPM Kumpulan tatkala beliau diamanahkan untuk mengasaskan pasukan Kadet Bomba SMK Ranau. Teraju Kumpulan diambilalih semula oleh Skipper Azly M Sabin.

Beberapa peristiwa bersejarah berlaku pada tahun berkenaan apabila Kumpulan PPM SMK Ranau berjaya didaftarkan secara rasmi dengan PPM cawangan Sabah dengan nombr 32 sebagai nombor kumpulan di peringkat daerah. Tahun 2007 juga menyaksikan buat julung kalinya seorang pemimpin HELWA dipilih iaitu Skipper Joan Meragun. Sesungguhnya, PPM SMK Ranau amat berbangga dan berbesar hati atas perlantikan tersebut.

Tahun 2008 sekali lagi menyaksikan sejarah tercipta buat y Pengakap termuda daerah Ranau apabila PPM 32 terpilih untuk menyertai sambuatan 100 tahun pengakap dunia bertempat di Taman Negara Kinabalu. Seramai 12 orang ahli PPM 32 menyertai sambutan tersebut diketuai oleh Sdr. Ardie Zainnurin diiringi oleh Skipper Azly sendiri.

Kini, setelah lima tahun berlalu PPM 32 Ranau mengorah selangkah lagi dengan bertapak di alam siber melalui blog "Pengakap SEMARA". SEMARA adalah singkatan Sekolah Menengah Ranau sempena nama SMK Ranau yang dikasihi. Semoga blog ini akan kekal selamanya sebagai wadah silatrurrahim antara ahli - ahli dan mantan ahli Pengakap SEMARA.

"Sekali Berpengakap Terus Berpengakap"

Kelahiran

Bersempena dengan 'kelahiran' Persatuan Pengakap SMK Ranau atau singkatannya Pengakap Semara, maka tercetuslah ilham dan hasrat untuk memberi peluang dan ruang kepada saudara - saudara Pengakap seluruh Malaysia amnya dan ahli - ahli Pengakap Semara berkongsi ilmu dan idea tentang ilmu pengakap khasnya dan pengetahuan lain secara umumnya.

Tarikh 9 Mei 2009 dipilih sebagai tarikh kelahiran laman blog ini bertepatan dengan Kursus Pengurusan AJK Pengakap yang berlangsung selama 3 hari dua malam bertempat di SMK Datu Paduka Mat Salleh, anjuran Pengakap 01 di bawah pimpinan Skipper Abdullah Hj. Ahmad.

Semoga dengan kelahiran blog ini dapat mengeratkan silaturrahim antara ahli - ahli Pengakap Semara. Insya Allah

"Sekali Berpengakap Terus Berpengakap"